06 Januari 2009


Hai!!!Selamat datang ke blog ini!!!Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dipermudahkan kepada saya untuk mengaplikasikan ilmu yang telah diajar pada kelas CCT2013 Media Integratif semalam tentang penghasilan "blog" ini. Sedikit pengenalan ringkas mengenai saya. Anda boleh mengenali saya dengan panggilan "Abdullah". Saya berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Saya merupakan salah seorang dari pelajar semester 6 jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan kepujian di Universiti Utara Malaysia. Pada semester ini, kursus CCT 2013 Media Integratif telah menjadi pilihan saya sebagai kursus elektif bebas. Apa yang saya harapkan ialah dengan mengambil kursus ini, saya akan dapat lagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan saya berkenaan dengan media. Pada hari pertama memasuki kelas tersebut, saya sedikit bimbang apabila pensyarah menyebut tentang tajuk-tajuk yang akan dipelajari dari kursus ini. Antaranya seperti penghasilan web site, 2D Animation, Adobe Illustrator, video, audio dan lain-lain lagi. Woww!!! Rasanya seperti saya berada di jurusan multimedia. Tetapi, apabila difikirkan secara positif, bidang ilmu ini belum pernah saya pelajari sebelum ini dan pastinya akan memberi banyak manfaat kepada saya kelak. Tiada perkara akan menjadi susah jika kita belajar. InsyaAllah...