12 April 2009

Audio sebagai suatu gelombang bunyi...

Bunyi terhasil daripada getaran sesuatu objek di dalam sesuatu medium seperti udara. Bunyi boleh dihasilkan daripada suara manusia, bunyi alat muzik dan sebagainya yang menghasilkan getaran dan bergerak melalui sesuatu medium seperti udara sebagai gelombang bunyi. Bunyi diukur di dalam unit “decibels(dB)”.

Amplitud gelombang bunyi berubah secara langsung dengan masa. Suatu sampel gelombang bunyi akan dibaca dengan lebih tepat apabila kadar persampelan dinaikkan. Hal ini berlaku kerana kadar persampelan yang tinggi akan menghasilkan lebih banyak titik sampel(Sampel point) sekaligus menambahkan lagi saiz fail audio tersebut. Kadar persampelan mengambil unit “Hertz(Hz)”.

Terdapat juga satu proses di dalam tajuk audio ini yang dipanggil “quantizing”. Proses ini akan membundarkan nilai amplitud yang berasingan kepada nilai terdekat di dalam skala peringkat pengasingan. Semakin banyak peringkat di dalam skala pengasingan itu, semakin tepat bacaan untuk menghasilkan sesuatu bunyi. Bilangan peringkat ini di terbitkan sebagai “bit depth-the power of two”. Sebagai contoh audio 8-bit membenarkan 28 = 256 peringkat.
Fail-fail audio boleh wujud dalam pelbagai jenis format. Antaranya seperti “aiff(Audio Interchange File Format)”, “mp3(MPEG Audio Layer 3)”, “wma(Windows Media Audio)” dan banyak lagi.

Fail-fail audio boleh diubah suai dengan menggunakan pelbagai aplikasi komputer seperti “Adobe Audition” dan “Sony Sound Forge” bagi sistem pemoperasian Windows. Pengubahsuaian yang boleh dibuat termasuklah seperti memotong, menyalin, meninggikan nada, penambahan kesan khas dan sebagainya.

Post seterusnya akan membincangkan pula tentang video...

0 ulasan: