12 April 2009

Kenali secara ringkas apa itu “Grafik”...

Grafik merupakan salah satu dari elemen multimedia yang penting. Setiap hari kita akan terdedah dengan pelbagai rupa bentuk grafik seperti yang terdapat pada majalah, surat khabar, poster, gambar dan banyak lagi. Sepanjang pembelajaran saya di dalam kelas CCT 2013 Media Integratif pada semester ini, sedikit sebanyak telah membuka minda saya berkenaan dengan grafik.

Secara ringkasnya, grafik terdiri daripada gabungan titik sampel yang lebih dikenali dengan nama pixel”. Setiap “pixel” akan menyimpan maklumat tentang warna tersendiri mengikut gambar yang dibentuk. Semakin banyak “pixel” di dalam sesuatu gambar, semakin tinggi resolusi gambar tersebut. Resolusi yang tinggi akan menjadikan sesuatu gambar itu menjadi lebih terang dan jelas serta bersaiz besar.

Imej “bitmap” dipaparkan melalui nilai nombor pada “pixel”. Biasanya ia digunakan di dalam mengubahsuai imej kerana kandungan imejnya yang senang untuk diubah.

Berbeza pula bagi grafik “vector” yang mengaplikasikan penggunaan matematik di dalam pembentukan garisan. Resolusi bagi grafik “vector” adalah bebas. Tidak seperti imej “bitmap” yang ditentukan jumlah “pixel” dan resolusi pada peringkat awal, grafik “vector” tidak menggunakan “pixels” sebaliknya menggunakan persamaan matematik. Antara contoh aplikasi yang menghasilkan grafik “vector” ini adalah seperti aplikasi AutoCAD.

Imej grafik terdiri dalam pelbagai jenis fail seperti JPEG(Joint Photographic Experts Groups)”, “GIF(Graphic Interchange Format)”, “PNG(Portable Network Graphics)”, “BMP(Bitmapped Picture)” dan banyak lagi.

Imej-imej digital ini boleh dihasilkan dengan menggunakan beberapa cara seperti “scanning” dan “digital photographing”. Imej-imej ini biasanya boleh diubah suai dengan menggunakan beberapa software khas yang popular dalam mengubah suai imej seperti “Macromedia Fireworks”, “Adobe Photoshop” dan “Adobe Illustrator”.

Baiklah, post seterusnya saya akan menulis sedikit sebanyak tentang “Audio” berdasarkan kefahaman saya.

0 ulasan: