12 April 2009

Meneroka dunia penyiaran video...

Di dalam penyiaran video, terdapat tiga penyiar utama bagi televisyen warna jenis analog. “National Television System Commitee(NTSC)”, digunakan di utara Amerika, Jepun, Taiwan dan sebahagian dari Caribbean dan selatan Amerika. “Phase Alternating Line(PAL)” pula digunakan di Australia, New Zealand dan kebanyakan dari Eropah barat serta negara-negara di Asia. Manakala “Sequentiel Couleur avec Memoire(SECAM)” pula digunakan di Perancis, negara jajahan Soviet Union dan juga timur Eropah.

Televisyen analog yang menggunakan ketiga-tiga jenis siaran ini, menyiarkan video secara dua peringkat. Peringkat pertama melibatkan garisan berkedudukan genap dan peringkat kedua pada garisan berkedudukan ganjil. Kaedah penyiaran dua peringkat ini dipanggil “interlaced scan”. Berbeza bagi skrin paparan komputer yang menggunakan satu peringkat sahaja bagi penyiaran video. Kaedah ini dipanggil “progressive scan”.

Di dalam penerbitan video, saiz bingkai dirujuk sebagai resolusi dan diukur di dalam unit “pixel”. “Video frame size” mempamerkan saiz video berdasarkan lebar didarabkan dengan tinggi. Contohnya seperti 720x480 pixels dan 640x480 pixels. Sekali imbas, “Video frame size” kelihatan sama dengan “Frame aspect ratio”. Tetapi, sebenarnya tidak. “Frame aspect ratio” mempamerkan nisbah lebar kepada tinggi. Contohnya 4:3 dan 16:9. Bagi video bersaiz standard, nisbah yang digunakan ialah 4:3, manakala video skrin lebar (widescreen) mengambil nisbah 16:9.Kadang kala, kita melihat sesetengah video dipaparkan dengan kurang sempurna seperti terpotong di bahagian tepi, memanjang dan macam lagi yang menimbulkan rasa tidak kepuasan apabila melihatnya. Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku? Sebenarnya, sesuatu video itu perlu dimainkan pada sistem(contohnya seperti televisyen, monitor dan sebagainya) yang sesuai dengan “pixel aspect ratio” video tersebut. Untuk lebih kefahaman, lihat video di bawah.

Di dalam penerbitan sesuatu video, pengukuran masa amatlah penting. “Timecode” digunakan untuk mengira bingkai. SMPTE(Society of Motion Pictures and Television Engineers) merupakan “timecode” yang biasanya digunakan bagi mengukur masa di dalam jam, minit, saat dan bingkai. Contohnya, 01:02:32:07 yang menunjukkan 1 jam,2 minit, 32 saat dan 7 bingkai. Terdapat dua jenis “timecode” iaitu “Drop-frame timecode” dan “Non-drop-frame timecode”.

“Drop-frame timecode” 00;02;51;20
“Non-drop-frame timecode” 00:02:51:20


Definisi standard bagi video dipanggil dengan nama “DV” singkatan bagi “Digital Video”. Definisi jenis ini biasanya digunakan pada kebanyakan “digital video camcoder” dengan saiz 720x480(NTSC). Manakala “HDV” pula merupakan suatu standard bagi menyokong kemra video yang berdefinisi tinggi. Ia menghasilkan saiz 1440x1080 dan 1280x720.

Video boleh wujud dalam pelbagai jenis format seperti “mov(QuickTime Movie)”, “avi(Audio Video Interlave)”, ”rm(Real Video)” dan banyak lagi. Video yang dirakam melalui kamera video digital akan menghasilkan format digital. Ianya boleh terus dipindahkan ke dalam komputer. Tidak seperti video analog yang perlu melalui proses “digitizing”. Antara aplikasi komputer yang biasanya digunakan untuk mengubah suai fail-fail video ialah seperti Adobe Premiere Pro, Apple Final Cut,Pinnacle Studio Plus, Sony Vegas Pro, iMove dan Ulead Video Studio dimana hampir kesemua aplikasi ini menggunakan kaedah garis masa(Timeline). Kebanyakan kamera video digital menggunakan media seperti DVD, kad memori, pita dan juga cakera keras.

0 ulasan: